Terharu & sayu bila mendengar suami tercinta iqamat. Video Perkongsian Lana Nodin Buat Ramai Yang Sebak

” Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta iqamat.. ” – Video Perkongsian Lana Nodin Buat Ramai Yang Sebak

Ketika usia perkahwinan genap tiga tahun, pelakon Lana Nodin atau pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua, akhir tahun ini.

Pada bulan Januari 2016, pasangan ini menerima cahaya mata sulung yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie atau lebih mesra dengan panggilan Gia. Usia Gia kini sudah hampir 3 tahun.

Melalui akaun Instagram, hari ini Lana berkongsi khabar gembira sudah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata. Namun begitu Lana masih belum berkongsi jantina anak keduanya itu.

Menerusi video yang dimuatnaik itu, suami Lana sedang mengiqamatkan anak yang baru dilahirkan itu. Berkemungkinan besar jantina anak yang baru dilahirkan ini adalah perempuan.

Lana meluahkan rasa terharu dan sayu apabila mendengar bacaan iqamat daripada suaminya yang tercinta.

Perkongsian Lana ini juga membuatkan netizen berasa sebak. Jom tonton video penuh di bawah :

” MMDG&W terharu dan sayu bile mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami … “

” Alhamdulillah dan terima kasih pada @rampaiputeri dan dr zanariah yg memberi layanan yang sangat baik sepanjang sy berada di hospital…. Terima kasih Allah SWT.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen netizen :

” Congratulation kak @lananodinmckienzie , Syukur alhamdulillah… Love & hug kak.. “

” Congrts akak… Alhamdulillah.. Gia dh ada gengs.. “

” Congrats lana & family on ur new baby born… terharu nyaaa tgk video ni.. “

” Alhamdulillah. congrats to both of you, semoga bertambah lagi rezeki lana dan husband selepas ini. Amin.. “

” Tahniah sis. Alhamdulillah semoga keluarga sis bertambah ceria dgn bby baru. Selamat berpantang.. “

” Syukur alhamdulilah.. Tahniah dear.. Smga ibu dan baby sihat selalu hendaknya aamiin Ya Mujib.. “

” Congratulations kak lana n husband… Selamat berpantang.. Semoga baby dalam keadaan sihat selalu… “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami. Semoga Gia dan anak yang baru dilahirkan ini menjadi anak yang soleh atau solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lana Nodin by Berita Kopak / Ciungwanara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*