Tolong Berhenti Kecam Saya Apa Lagi Yang Korang Nak. Dato Aliff Syukri Luah Rasa Sedih Dikecam Netizen Di Instagram

Sehingga pagi tadi, isu Dato Alif Syukri menghina seorang penonton Gegar Vaganza telah menjadi isu hangat dan perbualan oleh netizen, apabila netizen mula meninggalkan komen kecaman di laman Instagram usahawan itu.

Tambahan pula, isteri usahawan itu Datin Shahida turut memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada suaminya untuk tidak ke konsert Gegar Vaganza minggu hadapan, dek kerana kelancangan suaminya berkata-kata.

Berikutan itu, sebentar tadi Dato Alif Syukri telah memuat naik video memohon netizen untuk berhenti memberi kecaman kepada dirinya, kerana dia tidak sengaja mempertuturkan perkataan menghina wanita tersebut dan juga penyanyi Santesh.

VIDEO: Berhenti kecam saya! Apa yang korang nak?

Dalam muat naik video tersebut di Instagram, usahawan itu telah menulis kapsyen,

Saya pun kadang-kadang tak faham lah! Asal nama Aliff Syukri bila buat salah sikit terus kena hukum kena maki kena hina macamlah saya seorang je pendosa kat dunia ni. Kadang tang orang lain buat okey je. Tang saya sampai jadi isu besar! Biar apa orang kata, hanya Allah sahaja tahu.

Kami mahu Dato minta maaf secara terbuka…

Selepas usahawan itu memuat naik video berkenaan, netizen telah meninggalkan komen meminta Dato Aliff untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana tindakannya itu tidak boleh diterima oleh netizen.

Selepas menerima kecaman yang hebat daripada netizen, Dato Aliff Syukri telah menetapkan tetapan privasi pada Instagramnya

Sumber: IG Aliff Syukri Via FB DzGv

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*