Video 7 Jenis Kening Dan Apakah Maksud Tersirat Disebaliknya.

Kalau anda nak tahu, bentuk kening juga boleh menggambarkan personaliti anda. Tapi hanya bentuk yang asal ya. Jadi, yang mana satu bentuk kening anda? Jom kita tengok.

(Video Penuh Dibawah Artikel)

1. Kening penuh.

Orang yang keningnya tebal dan penuh ini adalah orang yang aktif, percaya pada diri sendiri, dan rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bekerja keras dan tegas juga adalah antara personaliti si kening tebal ini.

2. Kening nipis.

Pemilik kening nipis ini biasanya susah untuk membuat keputusan hingga memerlukan bantuan orang lain untuk memberi cadangan. Mereka juga tidak suka mengambil risiko sehingga perlu berfikir lama sebelum membuat sesuatu.

Dia suka berkumpul bersama rakan-rakan kerana boleh meningkatkan keyakinan diri.

3. Kening bersambung.

Kajol adalah antara orang yang memiliki kening yang bersambung ini. Biasanya orang yang memiliki kening begini merupakan seorang yang unik dan kreatif.

Tapi mereka juga suka berkhayal dan memiliki kecenderungan untuk menilai orang sekeliling.

4. Kening pendek.

Orang yang memiliki kening ini tidak boleh mengurus stress mereka dengan baik. Mereka memerlukan hidup tanpa stress tetapi selalu memilih untuk melakukan banyak kerja.

Mereka juga tidak sukakan drama dan sering fokus dalam melakukan sesuatu.

5. Kening panjang.

Pemilik kening ini senang untuk menghadapi cabaran kerana dia merupakan orang yang suka menyelesaikan masalah.

Mereka mudah menyelesaikan masalah peribadi atau pekerjaan. Mereka juga sangat suka berdaya saing dan bekerja keras.

6. Kening melengkung.

Orang yang kening melengkung ini seorang yang peramah dan mudah didekati, oleh itu dia disukai ramai orang.

Selain dari pandai berkomunikasi, mereka sering berfikir tentang orang lain selain diri sendiri.

7. Kening tinggi.

Bentuk kening yang tinggi menandakan yang mereka ini sangat memilih dan cergas. Mereka suka pertimbangkan sesuatu sebelum mengambil keputusan. Oleh itu mereka tidak suka orang memaksanya untuk mengambil keputusan secara cepat dan spontan.

Video Penuh:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via BU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*