Video DS N4jib Ditanya Samada Ijazah Dia Sah Atau Tidak. Sambil Tersenyum dia menjawab

Video N4jib Ditanya Samada Ijazah Dia Sah Atau Tidak. Ini Jawapan Beliau, Sambil Tersenyum

Sejak minggu lepas kecoh di media sosial tentang cerita beberapa menteri tidak mempunyai kelayakan akademik seperti yang dipaparkan sebelum ini.

Sementara itu, Najib Razak juga tidak terkecuali ditanya wartawan tentang kesahihan Ijazah beliau dan beliau telah menjawabnya dengan penuh yakin

Bekas perdana menteri Najib Razak bersedia membuktikan beliau menamatkan pengajian di Universiti Nottingham, United Kingdom sekitar tahun 19790-an.

Ini jawapan Najib, selamba dia jawab sambil tersenyum…

“ Tiada masalah,” katanya ketika ditemui di Putrajaya.

“ Sudah tentu ijazah saya sah,” katanya lagi.

Najib, yang mengkritik pemimpin Pakatan Harapan dalam isu kelayakan akademik, turut menjadi sasaran dalam isu sama.

Awal hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji daripada DAP Chong Zhemin mendakwa Najib tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham.

Chong berkata demikian ketika mengulas tindakan Presiden MCA Wee Ka Siong yang bertindak menyemak kelayakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Chong menyentuh video yang beredar di atas talian yang mendakwa Najib tidak pernah menamatkan pengajian.

Beliau menuntut menunjukkan transkrip peperiksaan dan salinan ijazahnya.

Najib sebelum ini menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menangani isu maklumat kelayakan akademik beberapa kementerian yang dikatakan tidak tepat.

Beliau mengulas beberapa menteri dan pemimpin negeri yang mengaku tidak tamat pengajian disenaraikan dalam siri infografik agensi berita nasional Bernama.

Menulis di Facebook, Najib berkongsi infografik berkaitan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, menteri perumahan Zuraida Kamaruddin dan menteri pertahanan Mohamad Sabu.

Ketua Pengarang Bernama Zakaria Wahab menjelaskan mereka memperoleh maklumat itu dari laporan berita dan rekod parti pihak berkaitan.

Lihat video di bawah

Mat Sabu juga ditanya pasal kelayakan akademik beliau…

Terdahulu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan beliau mempunyai ijazah palsu, dan berkata beliau memang tidak pernah tamat pengajian di universiti.

” Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut.

“ Sebenarnya saya dibuang ITM (Institut Teknologi Mara),” katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

Beliau berkata kemungkinan kemahirannya dalam memasak menyebabkan ramai menyangka beliau mempunyai ijazah dalam bidang itu.

Ijazah Osman Sapian juga kecoh diperkatakan..

Selepas cerita ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berbahang sampai ke United Kingdom (UK), timbul pula berita lebih kurang serupa melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Kali ini, orang ramai meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut laman Facebook Ops Johor, warganet mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut.

“Warganet mula persoal betul ke tidak Tok Man (Osman) ini sambung belajar di UPM? Ikut sumber sahabat terdekat Tok Man pula, dia belajar sampai STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) saja?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*