Video. Kalau betul nak bertudung, ikhlaskan hati

Kalau betul nak bertudung, ikhlaskan hati dan kuatkan iman – Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah terasa sedikit ralat apabila ditanya mengenai isu artis membuka tudung semakin menjadi-jadi di industri hiburan tanahair.

Namun, bagi Mira Filzah,26, sebagai manusia kita tidak boleh menghukum tindakan artis yang memilih untuk membuka tudung. Bagi Mira, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka memilih ke jalan itu.

‘Bagi saya, setiap kecaman yang diberi oleh masyarakat sebenarnya tidak membantu seseorang artis itu. Pastinya, ada sebab kenapa perkara ini berlaku dan saya rasa tindakan yang paling baik adalah memberi mereka peluang malah tak salah kalau kita beri nasihat dengan cara baik dan lembut.

‘Tapi, saya ada rasa sedikit ralat apabila perkara ini berlaku. Bagi sesiapa yang ingin memakai tudung, cubalah ikhlaskan dan tenangkan hati serta kuatkan iman. Rakan-rakan dan persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting untuk kita kuatkan iman kerana dugaan pasti akan datang’, katanya kepada Mstar.

[VIDEO] – “Selama Ini Saya Bertudung Bukan Kerana Yg Esa”

Please follow and like us : Gempakkvirall2

Selepas Emma Maembong, kini giliran pelakon sensasi Fathia Latiff pula membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung selepas tiga tahun berhijab pada tahun 2016.

Pertama kali tampil dengan imej berambut pendek di hadapan khalayak ramai di sebuah pertunjukan fesyen malam tadi selepas tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu, Fathia berkata tindakannya untuk membuka hijab itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Katanya lagi, dia kini lebih gembira dengan imej terbarunya serta mengakui selama memakai hijab dia tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga membuatkan dirinya mengalami depresi.

“Kalau kita buat sesuatu kerana manusia, ia tidak akan kekal. Saya pakai tudung sebab orang, bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri.

“Jadi selama mengenakan hijab, saya alami depresi kerana tidak dapat menjadi diri sendiri. Saya cuba bertahan, tetapi perasaan itu lama-kelamaan membawa ke arah kegelapan sedikit demi sedikit. Tetapi apabila buka hijab, saya rasa bebas dan selesa. Saya tidak mahu jadi hipokrit,” katanya kepada Kosmo!

Kata Fathia lagi, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan seperti terpaksa sepanjang tiga tahun berhijab. Ujarnya lagi, dia mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri tetapi gagal menemui jawapan yang dicari.

“Ketika pakai tudung, saya akui ada perasaan tidak ikhlas dan dapat rasa hati busuk. Bila sudah kenal diri, saya sudah tidak takut apa-apa lagi. Sebab itu saya berani tampil di depan khalayak dengan imej sebegini.

“Biarpun tidak dapat mengawal komen negatif di media sosial, tetapi saya harap netizen yang mengeji itu akan dapat mencari kebahagiaan mereka sendiri,” ujarnya.

Sumber: RotiKaya

(VIDEO) Bertudung Bukan Kerana Allah, D E P R E S I Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri – Fathia Latiff Sah Buka Tudung

Akhirnya teka-teki mengenai foto Fathia Latiff dengan imej berambut pendek yang tular beberapa hari lalu sudah terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah membuka tudungnya.

Kata Fathia, beliau sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.

Kalau kita buat sesuatu kerana manusia, ia tidak akan kekal. Saya pakai tudung sebab orang, bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri.

Jadi selama mengenakan hijab, saya alami depresi kerana tidak dapat menjadi diri sendiri. Saya cuba bertahan, tetapi perasaan itu lama-kelamaan membawa ke arah kegelapan sedikit demi sedikit. Tetapi apabila buka hijab, saya rasa bebas dan selesa. Saya tidak mahu jadi hipokrit.

Bukan tidak cuba untuk terus istiqamah dan berubah ke arah lebih baik, tetapi beliau sudah cuba untuk mengenali dirinya tetapi tidak menemui jawapan yang dicari.

Ketika pakai tudung, saya akui ada perasaan tidak ikhlas dan dapat rasa hati busuk. Bila sudah kenal diri, saya sudah tidak takut apa-apa lagi. Sebab itu saya berani tampil di depan khalayak dengan imej sebegini.

https://youtu.be/ZnTOA3nkeNQ

Tentunya rata-rata peminat kecewa dengan tindakan dan keputusan Fathia untuk kembali ‘free hair’. Namun, siapalah kita untuk terus memaksa seseorang itu melakukan perkara yang mereka tidak suka? Netizen boleh tegur tetapi biarlah dengan cara berhemah, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia agar satu hari nanti pintu hatinya terbuka dengan ikhlas atas kehendaknya sendiri untuk kembali berhijab.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto & Video : Media Hiburan via Beautifulnara

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*