VIDEO Kenapa Hetty Sarlene Over Confident Ni. Ini Jawapan Tuan Punya Badan

Gelagat peserta Gegar Vaganza musim kelima GV5, Hetty Sarlene di segmen Ada Lagu Ada Lagi konsert malam tadi mencuri perhatian ramai.

(VIDEO Penuh Dibawah Artikel)

Tindakan Hetty yang pada awalnya yakin melangkah keluar biarpun namanya belum disebutkan mengundang cakap-cakap netizen.

Ada yang mengkritik dan mengecam Hetty, ada juga yang terhibur dan menyifatkan keyakinan Hetty sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Selesai konsert mingguan GV5 malam tadi, Gempak bertemu dengan Hetty untuk mendapatkan jawapan.

Saya sebenarnya tidak sihat. Dua hari sebelum konsert, saya diserang demam. Saya sempat mendapatkan rawatan serta suntikan untuk kebahkan demam. Saya juga makan ubat.

Sebenarnya, ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi itu, saya bukan confident. Dalam fikiran saya, lagu tersebut ada dalam wishlist saya.

Saya keliru kerana Zamani tak muncul di hadapan bersama peserta lain. Apabila muncul sahaja lagu terakhir, saya ingatkan itu lagu saya, kerana saya seorang sahaja di situ.

Ketika itu, saya sudah tak boleh fikir, mungkin kesan ubat akibat demam dan sebagainya, saya terus meluru ke hadapan biar pun nama saya belum diumumkan.

Selepas itu, saya lihat ramai penonton di bawah seperti menahan saya. Saya keliru, dalam hati berkata, apa sebenarnya yang berlaku? Seterusnya, nama saya pun diumumkan,” kata Hetty.

Konsert GV5 menyaksikan Zamani berada di tangga tercorot dengan markah kosong daripada semua juri apabila gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dendangan asal The Flybaits.

Bagaimanapun, Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja bertindak pantas menyelamatkan Zamani daripada penyingkiran dengan menggunakan kuasa imunitinya.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via TK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*