Video Kenapa Sekarang Baru Dia Nak Buka Mulut. Ini Arahan Pihak Polis Kepada Datuk Farid Kamil

(Sila Scroll Ke Bawah Untuk Video Penuh)

SHAH ALAM: Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.

Menurutnya, polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Adakah Farid Kamil Sengaja Reka Cerita?

Laporan itu mengatakan bahawa Farid sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak).

Malahn pengadu juga mengatakan jika dakwaan Farid itu benar, mengapa tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya ketika ditemui selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di pejabatnya di sini, hari ini.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat. – NSTP/Surianie Mohd Hanif

Fadzil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Youtube MyFokus Online ketika program Tv Al Hijrah jam 10 malam kelmarin, Farid mendakwa dirinya cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Susulan itu, Lokman dipetik berkata, ia perlu disiasat segera oleh polis kerana membuat dakwaan palsu selain mahu menghina Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

VIDEO 1 :

VIDEO 2 :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via Nstp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*