Video Lawak Teruk Jep Dan Rahim Buat Hal Menyakat Di Rumah Terbuka.

Kalau sudah namanya pelawak, pasti watak pelawak dan perangai menyakat orang tidak tinggal kan? Begitu juga Jep Sepahtu, walaupun sudah bergelar bapa dan sibuk menjaga bayi perempuannya, Dariya Inara tapi masih menyakat orang lain.

Lihat saja kapsyen-kapsyen yang dimuat naik oleh Jep ketika menjaga Dariya, memang lucu habis! Apa-apa pun tahniah min ucapkan kepada Jep dan pasangan atas kelahiran bayi perempuan yang pertama.

Jep juga yang merupakan DJ Radio di salah sebuah stesen tempatan, Sinar FM masih melakukan kerjanya dengan baik meskipun sibuk menjaga anak.

Terbaru, menerusi Instagram rasmi Sinar FM, Jep dan Rahim Sepahtu melakukan segmen #RedahRayaPagiDiSinar dimana mereka hadir dan memakan juadah open house di rumah orang lain.

Sedang sibuk makan, Jep mengeluarkan sesuau dari poket baju Melayunya dan meletakkan lipas mainan di sudu yang berada di sebelah Sara.

VIDEO :

Jep pekenakan Sara dengan lipas mainan

Alahai bukan main suka menyakat orang ye walaupun dah jadi bapa orang. Netizen juga turut terhibur dengan gelagat Jep dan Rahim

Hahaha pedajal sungguh..

Muka tak bersalah.. Hahaha

Ya Allah, perangai bapak orang ke ni? Dengki sungguh..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Mamakusyg

Sumber: IG Sinar MY/BeritaSteady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*