VIDEO Netizen Label kan Dato Aliff Syukri Kurang Ajar Kutuk Warna Kulit Penyanyi Santesh Dan Gelar Penonton Ugly Women.

Apabila Datuk Seri Aliff Syukri kali ini menjadi penaja Gegar Vaganza 5, terus-terang ramai yang merasa lega kerana mungkin gimik yang beliau lakukan tidak terlalu berlebihan daripada penaja sebelumnya.

Namun, netizen sudah tidak dapat menahan rasa amarah mereka lagi apabila Aliff semalam menggunakan cara yang sangat tidak beradab untuk mempromosikan produk pemutih kulit keluaran syarikatnya.

VIDEO:

Bukan sahaja bersikap rasis dengan mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar yang popular dengan lagu Amalina, malah Aliff yang cuba untuk berbahasa Inggeris dengan selamba ingin mencari penonton dengan muka hodoh ‘ugly women’ untuk mencuba produknya itu.

Jelas sekali, penonton wanita itu tidak selesa apabila jutawan kosmetik itu menyapukan foundation di mukanya, paling membuatkan ramai netizen menyampah saat Aliff mengatakan beliau akan berikan duit pada wanita tersebut selepas kejadian yang agak memalukan itu.

Rata-rata netizen menganggap tindakan Aliff itu agak kurang ajar. Bukan sahaja bersikap rasis terhadap Santesh, beliau juga memandang hina rupa paras orang lain.

Sudah beberapa kali dikecam kerana perbuatan beliau sebelum ini, Aliff sepatutnya belajar daripada kesilapannya. Tidak salah untuk mempromosikan produk kerana beliau adalah penaja utama, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan biarlah ada kelas tersendiri dan tidak mengguris hati orang lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*