W4rded sbb knser pun, dia call suruh balik ,takde org nak jaga anak dan kemas rumah katanya

Hinanya aku dimata suami. W4rded sbb knser pun, dia call suruh balik ,takde org nak jaga anak dan kemas rumah katanya

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum. Terima kasih kalau kisah saya disiarkan. Tujuan saya cerita ni cuma nak share yang lelaki seperti ini wujud. Mana tahu ada juga yang senasib dengan saya.

Bekas suami saya seorang raja. Tapi raja yang tyranny, raja yang kejam. Saya berpisah dengan dia selepas 12 tahun bertahan. Masa kami bercinta dulu, dia agak terkenal di kampus. Dia memang jejaka pilihan idaman gadis-gadis. Sifatnya yang ‘chivalry’, buat semua cair termasuk saya. Nak naik kereta, dia bukakan pintu. Kalau ada lumpur kat tengah jalan, “hati-hati awak nanti terkena lumpur”. Makanan semua dia belanja, senang cerita memang husband material.

Disebabkan saya nampak dia macam boleh dibuat suami, saya pun setuju berkahwin dengan dia. Tapi semuanya berubah. Selepas kahwin, perkataan tak elok didengar semua dia lepas. Balik kerja, campak stokin, kasut, duduk di sofa tengok tv. “Air!” Bila dia jerit, saya kena cepat-cepat ambil kalau takmahu kena marah.

Makanan, lauk, saya letak atas meja kecil dan angkat bawa ke dia kat ruang tamu setiap hari. Air basuh tangan, berus gigi, ubat gigi, semua nya lah. Bila saya minta dia ambil sendiri, dia mengamuk campak makanan tu semua kata yang seorang suami takkan pernah jejak kaki kat dapur. Tu kawasan isteri. Sepanjang kahwin, kami tak pernah makan sekali. Saya akan makan sorang-sorang di dapur selepas dia habis makan. Saya tak dibenarkan makan sebelum suami.

Masa saya mengandung anak pertama, sikap suami masih tak berubah. Setiap hari saya angkat meja kecil, yang agak berat untuk saya masa mengandung tu hidang makanan dia. Saya sangat penat, bila saya bagitau bekas suami yang saya tak larat, dia kata saya kena tahan sebab itu tugas saya. Tugas dia cari nafkah untuk keluarga. Tapi…. saya pun kerja juga… separuh barang rumah saya yang bayar.

Lepas anak sulung lahir, masa dalam pantang, saya terpaksa masak, hidang, angkat meja, air, berus gigi, gosok baju, mop, sapu, dan banyak lagi kerja saya terpaksa buat. Sampai saya masuk wad, suami suruh balik sebab tak ada orang nak buat semua tu untuk dia. Saya terpaksa menurut. Hampir setiap hari saya dibrainwash,bekas suami selalu ulang, orang lain yg berkahwin pun hidup macam ni. Setiap hari dengar mcm tu, saya macam betul2 menyangka orang lain mcm kami.

Lepas anak kedua lahir, masa dalam pantang, sama juga saya tak dapat berehat. Saya buat semua kerja, kalau ada yang tak kena, dia akan tengking saya, marah saya depan anak-anak.

“Kau ni isteri tak berguna! Urus rumah pun tak pandai! Baik aku kahwin lain je!”.

Setiap hari bekas suami marah saya, sehinggakan sampai besar anak-anak merendahkan saya. Kalau saya tegur anak-anak buat salah, mereka akan jawab,“berani mak marah along, along report kat ayah. Siap mak kena dengan ayah nanti.” Allahu… anak sendiri buat begini kat ibunya. Saya kecewa sangat.

Beberapa bulan selepas saya lahirkan baby ketiga, saya dimasukkan ke wad disebabkan knser payudara. Anak ketiga saya masih lagi menyusu badan. Waktu itu saya tak tahu cara nak pam bagi anak kat rumah. Bekas suami telefon, saya gembira sangat.

Saya ingat dia mahu tanya khabar. Tapi dia suruh saya balik sebab tak ada orang jaga anak. Disebabkan perasaan rindu pada anak bayi saya, saya balik.. dan terus buat kerja-kerja rumah. Saya rasa lebih hina dari binatang. Sedangkan orang yamg pelihara binatang, mereka akan bawa ke veterinar kalau sakit. Tapi saya?

Setiap hari bekas suami tekankan isu ketaatan isteri. Suami itu raja. Isteri kena menurut perintah suami. Saya bagaikan kena brainwash. Setiap malam suami saya akan main futsal, dia kata bila raja stress, kena ada hobi untuk release tension. Tapi bila saya stress, saya cuma mampu bertahan.

Bila kawan-kawan kampus saya dulu invite minum sejam dua ataupun wedding, saya tak boleh pergi. Pernah sekali saya persoalkan, kenapa masa bercinta dia lain, lepas kahwin lain. Dia jawab, “sebab kau dah jadi isteri aku. Buat apa aku nak susah-susah senangkan kau”. Bila saya tanya dia cintakan saya atau tak, dia jawab “kau dah macam keluarga. Buat apa nak cintakan kau bagi nak rak. Buang masa je”.

Suatu hari waktu tahun ke 11 berkahwin, saya terserempak dengan kawan saya kat pasar, lama kami tak jumpa, dia tanya kenapa saya nampak muram je. Saya dah tak tahu nak bercerita pada siapa, saya luahkan semua pada dia. Saya menangis dihadapan kawan.

Dia peluk saya, dia bacakan saya ayat Al-quran tentang tanggungjawab sebenar seorang isteri, tanggungjawab seorang suami. Dia juga tekan kan bahawa tiada raja untuk manusia selain Allah. Ini adalah saat dimana saya tersedar yang selama ni bekas suami brainwash saya. Saya teruskan kerja seperti biasa.

Saya buat pinjaman beli rumah lain senyap-senyap. Saya memang dah ada kereta. Saya upah peguam untuk uruskan perceraian saya. Anak kedua dan ketiga perempuan, saya bawa keluar ikut saya. Tapi anak pertama lelaki tak mahu. Dia masih merendah-rendahkan saya, ibunya. Betul-betul tolak untuk tinggal dengan saya. Kelakuannya pun sama seperti ayahnya. Jadi saya akur dan redha.

Pada awalnya bekas suami saya mengamuk macam orang hilang arah, suruh saya pergi tanpa bawa anak-anak. Dia herdik saya kata saya ni hanya hamba dia. Dia tengking kata saya hanya mengandungkan benih dia, itu adalah 100% anak dia. Dia hanya menggunakan badan saya untuk lahirkan zuriat dia.. saya terkedu.

Sebelum keluar, saya pandang bekas suami lama-lama.. saya kata, “dimana lelaki yang saya kenal dulu.. yang baik hatinya, solatnya dijaga, baik budi pekertinya? Tengok ibu kepada anak2 abang ni, tatap wajah ni, betul ke abang tak cinta perempuan ni?” Dia tak menjawab. Sebaliknya, dia tampar saya dan suruh saya pergi. Inilah saat dimana pemerintahan Raja ni berakhir.

Saya hidup dgn 2 orang anak saya seperti biasa. Setiap hari saya ubah mindset anak-anak perempuan saya. Saya pesan jangan jadi mcm ibu. Taat pada suami sekiranya suami baik. Banyakkan bertanya pada orang, bagaimana hidup mereka masa berkahwin. Bukan untuk membawang, tapi untuk kita belajar dari kesilapan.

Dulu saya dan anak-anak perempuan makan di lantai dapur. Tapi sekarang kami makan bersama-sama di atas meja.. saya tahu tak semua lelaki seperti bekas suami saya. Tapi bila orang tanya saya tak mahu kahwin lagi ke? Saya tak mahu.

Saya sayang diri saya. Saya sayang anak-anak saya. Saya takut sebelum kahwin baik mcm malaikat, tapi selepas kahwin berubah. Ada ke perempuan lain yang mcm saya, terpaksa jadi hamba kepada Raja syok sendiri? Saya harap, perempuan2 di luar sana… jangan lah cepat menilai. Entahlah, tak ada pun spesifik cara untuk tahu lelaki tu baik ke tak.. ikut nasib dan takdir. Hmm..

Sumber : MK/Hamba sementara via iiumc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*