Wak Doyok Kantoi Ambil Gambar Di Google.

Untuk makluman Wak Doyok terkenal dengan gelaran Ikon Fesyen dikalangan peminat fesyen. Baru-baru ini Wak ada berkongsi gambar kotak serta koleksi kasut-kasutnya yang hampir penuh satu bilik di Instastory semalam.

Memang tidak pelik seorang fesyen ikon memiliki kasut sebanyak itu, namun pelik mula timbul apabila seorang pengguna Twitter, Faruk Mekic bertanyakan tentang gambar yang dikongsi Wak yang serupa dengan carian Google.

Ingin membuktikan dirinya tidak menuduh melulu, Faruk turut menyertakan imej carian Google yang ditemuinya di laman Pinterest dan Sole Collector pada tahun 2014. Kami sendiri yang mencarinya pun banyak jumpa gambar yang sama dengan gambar kasut-kasut Wak.

Setakat ini pula, Faruk ada berkongsi tindakannya itu bertanyakan Wak mendapat ‘balasan’ apabila selebriti itu telah bertindak block Faruk dari senarai pengikutnya. Hmm Pinterest kot curi gambar Wak.

Sumber: Beutiful Nara

Cerita Selanjutnya..

Salah Ke Ambil Gambar Google?

Semalam Wak Doyok diserang dengan pertanyaan gambar koleksi kasut memenuhi biliknya yang dipercayai diambil dari carian Google. Tidak menidakkan, tetapi Wak menjelaskan beliau sendiri tidak menyatakan kasut itu miliknya.

Salah ke ambil gambar Google? Saya tak tulis kasut itu saya punya. Haters memang sengaja mencari publisiti dan salah orang, Instagram saya adalah hak saya dan langau-langau ni pula sibuk menceroboh privasi saya, katanya.

Tambah Wak lagi, beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa sahaja memandangkan ianya akaun sosial miliknya. Jelasnya, dakwaan yang dilemparkan mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.

Terdahulu Wak ada memuat naik gambar di Instastory miliknya, menunjukkan koleksi kasut yang memenuhi bilik. Tidak lama selepas itu, salah seorang pengikutnya bertanya sinis mengenai kesahihan gambar terbabit.

Dimaklumkan, pertanyaan sinis individu terbabit menyebabkan beliau disekat oleh Wak. Pelik juga sesetengah orang yang suka mengambil gambar orang lain dan muat naik di akaun sosial sendiri.

Video :

Sumber: Mstar/Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*