Yati tutup kilang, Ady tak nak anak lagi. Kri nak hadiah pada Ida 5 juta, syaratnya kena beranak lagi 2, nak girl tau.

Yati tutup kilang, Ady tak nak anak lagi. Kri nak hadiah pada Ida 5 juta, syaratnya kena beranak lagi 2, nak girl tau.

Gelagat Bonda Rozita Ibrahim Bergurau Dengan Anaknya Buat Ramai Terhibur !!

Siapa yang tidak kenal usahawan kosmetik terkenal yang bergelar jutawan, Datuk Aliff Syukri dan juga ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang sangat disegani dalam dunia kosmetik dan perubatan tradisional. Mereka sangat berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Pada awal kemunculan Datuk Aliff, secara umum ramai yang tidak mengetahui hubungan antara dua anak beranak ini. Mereka seolah-oleh berteka-teki dengan orang luar yang tertanya-tanya apakah hubungan mereka. Namun begitu, lama kelamaan, hubungan mereka tidak lagi menjadi rahsia.

Jika dahulu mereka jarang berkongsi gambar dan video bersama-sama. Kalau tunjuk pun, sipi-sipi sahaja nampak mukanya. Tetapi kini mereka lebih terbuka mempamerkan hubungan kekeluargaan.

Menerusi akaun Instagram, Bonda Rozita berkongsi video bersama ahli keluarganya yang ramai. Menurut Bonda Rozita, ibunya kini berusia 68 tahun dan mempunyai banyak cicit hasihl daripada anak-anaknya.

Yang paling menarik, jarak umur Bonda Rozita dengan ibunya hanyalah 16 tahun sahaja disebabkan ibunya berkahwin awal. Menurut Bonda Rozita lagi, dia masih inginkan lagi cucu dan sempat bergurau dengan anaknya, Dato’ Aliff Syukri serta menantunya, Datin Shahida.

Gelagat Dato’ Aliff menggeletek ibunya membuatkan ramai yang terhibur melihat keakraban dan gurau senda antara ibu dan anak ini.

Baca perkongsian Bonda Rozita dan tonton video penuh di bawah :

Kumpul raya cina dirumah sewa je kami .. Yati tutup kilang ady xnak anak lg.. Kri nak hadiah pd Ida 5 juta syaratnya kena beranak lgi 2 nk girl tau..!! ”

” Kami lawak mmg kasar meriah pecah kapal.. Yati ank sulung sy 36 tahun klu x salah sy umurnya ( sy x ingat anak tarikh lahir he he) dan Noha cucu bongu dr adik bongsu sy.. ”

” Mak sy 68 tahun byk cicit dr anak2 sy.. Mak dgn sy jarak 16 tahun je.. Kawin muda.. Kri anak no 3… Bakal dapat cucu lagi tp kri gagal dipersimpangan.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan anak beranak ini. Antara komen-komen netizen :

” Bestnya tengok keluarga bahagia @bondarozitaibrahim ..suke tgk telatah bonda dgn menantu dan anak.. “

” Suka sgt tengok family bonda… mewah dgn harta namun bonda dan family tetap mewah dgn kasih syg .. Alhamdulillah… “

” Geli hati tgk bonda ank branak mlawak.. Mcm famly sy jgak.. Jnis gurau kasar.. Bnyk. Kli. Ulang vdeo nie.. Hehehe.. “

” YA ALLAH seronoknya.. ank brnak bgurau cmni.. best kn bonda bkumpul ramai2 ceria je sya tgk family bonda.. “

” Bestnyee. Bergurau senda……. gagal dipersimpangn yer dato… hihihi.. “

” Tahniah bonda dpt jadikan anak bonda kaya dan taat kpd ibubapa dan Beriman. Terbaik.. “

Tanpa ibu siapalah kita. Doa ibu adalah salah satu faktor yang menyumbang kejayaan seorang anak. Hargailah dan luangkan masa dengan ibu dan bapa anda sementara dia masih ada.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Datuk Aliff Syukri dan Bonda Rozita terus berjaya dalam bidang perniagaan mereka. Selamat maju jaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim by Berita Kopak / Content Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*