Zahirah dan Aiman ttaak dpt bersama

Sedih Tak Dapat Bersama, Ini 4maran Zainol Kepada Zahirah & Aiman

Akhirnya teka-teki hubungan mereka berdua terjawab! Pelakon tinggi lampai Aiman Hakim selamat bertunang dengan wanita pilihan hatinya, pelakon Zahiran Macwilson pada hari ini di Perth, Australia. Perkara itu dikongsi pasangan itu di laman Instagram masing-masing.

Namun di sebalik kegembiraan ini, bapa Zahirah, Zainol Macwilson memberitahu kepada Harian Metro berasa sedih kerana tidak dapat bersama meraikan majlis bertunangan tersebut. Ini kerana Zainol kini masih berada di Perlis.

“Zahirah sudah maklumkan kepada saya mengenai perkara ini yang mana Aiman dan keluarganya mahu datang ke Perth, Australia pada raya ini,”-ujarnya

Bertunang Bukan Tiket ‘Bebas’

Zainol berkata, dia belum dapat pastikan bila tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan dan menyifatkan status tunangan orang bukan tiket untuk bebas keluar ke hulu hilir.

“Fasa nikah tak tahu lagi bila. Saya belum dikemaskini. Cuma, apa saya ingin pesan adalah ikatan pertunangan ini bukan ‘tiket’ untuk bebas keluar ke hulu hilir. Tak manis dipandang orang.”- katanya kepada Harian Metro.

Hubungan cinta pasangan ini mula dihidu apabila masing-masing berkongsi gambar yang sama di laman sosial.

Aiman terlebih dahulu memuat naik foto mereka berdua bersama catatan yang seolah-olah memberi bayangan antara dia dan Zahiran sedang menjalin hubungan mesra.

Sumber : Hangatcom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*